Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Dr Izzar bengang jemaah umrah menipu status suntikan vaksin, Ini kata-kata padu beliau

Baru-baru ini suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari telah berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin.

Dr Izzar bengang jemaah umrah menipu status suntikan vaksin, Ini kata-kata padu beliau
Dr Izzar bengang jemaah umrah menipu status suntikan vaksin

Menurut Dr. Izzar, seandainya dia dapat menunaikan umrah, dia akan pastikan mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Dia juga akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin Covid-19 seperti yang diwajibkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa peraturan itu dibuat adalah untuk melindungi kita dan juga orang-orang lain di rumah Allah nanti.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, dia juga bertanya seandainya diberi peluang untuk pergi umrah tanpa perlu divaksin, adakah kita ingin pergi ?

“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya?.

“Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa keb4l dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan Covid-19 dan meningococcal?

“Saya taknaklah macam tu. Saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa2 unsur penipuan sebelum ke sana.


“Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersek0ngkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.

“Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.



“Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah atau haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya.


“Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn,” - tegasnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan