Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Soalan wartawan Melodi TV3 agresif? Temubual dengan Nora tentang pekahwinan dihentikan

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, sekali lagi menafikan segala tuduhan dan fitnah yang mendakwa dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Soalan wartawan Melodi TV3 agresif?..Temubual dengan Nora tentang pekahwinan dihentikan
Temubual dengan Nora tentang pekahwinan dihentikan oleh seseorang

Persoalan itu dijelaskan oleh Nora di dalam siaran program Melodi, ketika dia ditemui semasa hadir pada majlis pelancaran stesen radio baharu di bawah platform Media Prima Audio (MPA) iaitu Molek FM.

Dalam temubual bersama wartawan, Nora bagaimanapun mengakui majlis perkahwinannya bersama suami memang dibuat secara senyap dan tidak begitu digembar-gemburkan.

“Pertama sekali, kahwin senyap-senyap memang betul. Memang saya tak berniat nak beria-ia bercerita kepada umum sebab ini perkahwinan kedua dan itu hak saya untuk taknak kecohkan.


“Mengenai d4kwaan yang menuduh saya sudah dua tahun berkahwin, rasanya memang tak benar. Yang penting, kami buat benda yang halal iaitu berkahwin dan ia bukan perkara tidak baik pun,” katanya.

Menjawab juga dakwaan berkenaan Rushdi sudah menceraikan isterinya, Nora meminta agar Melodi bertanyakan sendiri kepada suaminya.

“Itu saya rasa kena tanya dia (suami) sendiri. Nanti kalau saya jawab, salah pula. Bagi saya ia sebenarnya tak penting pun.

“Yang penting saya bukan pergi buat d0sa atau buat m4ksi4t. Itu lebih penting. Kalau saya ditangkap kh4lwat lagi teruk kan.

‘Kita tak nak tengok orang berkahwin, kita nak pula dia bercer4i. Tak baik begitu,” katanya lagi.

Ditanya juga sekiranya dia mengenali isteri pertama Rushdi, Nora berkata, dia mengenali semua orang dan hubungan mereka baik.

“Saya kenal ramai orang dan saya baik dengan semua orang. Okey baik-baik saja, macam biasa kita sebagai sama-sama muslimah. Semua kenal sama sendiri,” katanya.

Sementara itu Dr Rushdi mengakui dia adalah kawan baik kepada allahy4rham Johan.

“Mungkin hubungan saya dengan Datuk Nora sangat terbatas. Saya tak pernah berbual dengan dia, memang tiada.

“Jadi, mungkin apa yang dilalui ini semua ketentuan Allah SWT yang diluar jangkaan saya sendiri,” katanya.


Datuk Nora pernah tak jumpa dengan isteri pertama? Status perkahwinan Dr dengan isteri pertama?

Ketika ditanya wartawan, selebriti berkenaan mengakui perkahwinan tersebut diadakan secara senyap kerana ia adalah kedua buatnya selain enggan terlampau kecoh. Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan seakan-akan berdalih dan tidak menjawab soalan wartawan tersebut apabila ditanya soal isteri pertama.

Ketika interview tersebut diteruskan dengan soalan mengenai status hubungan, muncul seorang wanita dan temu bual berkenaan diminta untuk dihentikan temubual itu.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya akan apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa temubual tersebut terpaksa dihentikan. Dalam pada itu, ramai juga berharap supaya soalan-soalan berkenaan dapat dijawab dengan baik oleh Suami dan Nora sendiri.

Baru-baru ini Nora mengumumkan telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, allahy4rham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup.

Jelasnya, dia memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai ikatan tersebut.

Nora berkahwin dengan allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Catat Ulasan

0 Ulasan