| Ustazah Asma’ Harun beri teguran ikhlas pada cikgu wanita yang suka pakai sendat² |
Bimbang dengan keadaan itu, seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun dalam kuliah bertajuk ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga‘ tampil memberi teguran umum.
Sempat meminta maaf terlebih dahulu, dia kemudian menasihati guru wanita tentang solekan tebal dan penggunaan tidak sopan mereka termasuk memakai sandal sehingga menampakkan anggota badan yang tidak sepatutnya.
Dengan pakai ketat…sendat…Tudung singkat nampak jelas bahagian dada. Berjalan nampak bentuk pinggul.
Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, pemakaian sebegitu sebenarnya menjatuhkan guru wanita selain mengganggu pelajar lelaki yang sudah akil baligh.
@ummieyta Guru jadi contoh yang terbaik kepada anak²murid#islamitucantik #ceramahpendek #zikirharihari #contentmuhasabah #fyp #uatazahAsmah ♬ bunyi asal - Ummi Eyta
Perkongsian dan tegurannya mendapat pelbagai respon daripada warganet termasuk golongan guru sendiri.
Kebanyakan warganet memberi respon mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ustazah Asma’ dan ada juga yang berpendapat bahawa guru-guru sepatutnya diberi pakaian seragam.

0 Ulasan