Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Letak dadah di motorsikal, rakaman CCTV dedahkan cubaan lelaki sabotaj warga Pakistan

POLIS Wangsa Maju sedang memburu seorang lelaki kerana disyaki mensabotaj seorang warga Pakistan dengan meletakkan dadah di bawah tempat duduk motosikalnya akibat pertikaian perniagaan.

Letak dadah di motorsikal, rakaman CCTV dedahkan cubaan lelaki sabotaj warga Pakistan
Gambar hiasam: Letak dadah di motorsikal, rakaman CCTV dedahkan cubaan lelaki sabotaj warga Pakistan

Menurut sumber, kejadian itu berlaku 30 Jan lalu, ketika sepasukan anggota polis menyerbu pangsapuri didiami lelaki Pakistan itu selepas menerima maklumat berhubung dadah berkenaan.

Bagaimanapun, serbuan polis gagal menemui dadah dalam rumah berkenaan. Mereka kemudian memeriksa motosikal milik lelaki asing itu dan menemui 24g ganja di bawah tempat duduk kenderaan itu.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu memberitahu dia tidak tahu mengenai dadah itu,” kata sumber sambil menambah ujian mendapati lelaki terbabit negatif dadah.

“Kami percaya dia tidak bersalah dan apabila memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami nampak seorang lelaki keluar dari sebuah kereta dan meletakkan dadah di bawah tempat duduk motosikal itu.”

Sumber berkata, lelaki itu kemudian memberitahu polis mengenai masalah yang dihadapi dalam perniagaan komputer ribanya.

Lelaki itu mendedahkan beliau diugut seseorang atas pertikaian dalam perniagaannya.

Polis sedang memburu suspek terbabit.

Sumber: Free Malaysia Today

Catat Ulasan

0 Ulasan