Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Negara Eropah pertama tarik sekatan berkaitan Covid-19, namun kes jangkitan harian tetap melonjak

COPENHAGEN – Denmark menjadi negara pertama di Eropah yang menarik balik pemakaian pelitup muka dan semua sekatan berkaitan Covid-19 bagi individu yang sudah divaksinasi penuh bermula kelmarin.

Seorang penunggang basikal dan pejalan kaki berjalan di sepanjang jalan membeli-belah di Aalborg, Denmark.
Kadar jangkitan Covid-19 Denmark meningkat selepas semua sekatan ditamatkan. Kelihatan seorang penunggang basikal dan pejalan kaki berjalan di sepanjang jalan membeli-belah di Aalborg, Denmark.- Gambar Bloomberg

Pelonggaran itu berlaku ketika Denmark mencatatkan sekitar 40,000 hingga 50,000 kes baharu Covid sehari atau hampir satu peratus daripada 5.8 juta penduduk negara itu.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan percaya angka itu akan menunjukkan penurunan tidak lama lagi.


“Kemuncak jangkitan sudah berlaku di lokasi-lokasi ‘panas’ sebelum ini maka sekarang adalah masa sesuai untuk menghentikan semua sekatan dan kembali hidup normal,” wakil Institusi Penyelidikan dan Kesihatan Awam Denmark SSI, Tyra Krause.

Lebih 60 peratus rakyat Denmark telah menerima dos penggalak, sebulan lebih awal daripada jadual pihak berkuasa kesihatan tempatan berbanding purata anggota Kesatuan Eropah (EU) yang hanya mencatat bawah 45 peratus.

Pihak berkuasa kesihatan menganggarkan 80 peratus penduduk dilindungi daripada kesan serius Covid-19 termasuk mereka yang pernah dijangkiti virus tersebut.

Statistic: Number of new coronavirus (COVID-19) cases in Denmark since February 2020 (as of January 26, 2022) | Statista
Find more statistics at Statista

“Bagi mereka yang divaksinasi penuh, varian Omicron tidak memberikan gejala serius dan hanya mengalami simptom ringan.

“Tindakan menarik semula sekatan berkaitan Covid-19 adalah wajar dan munasabah,” jelas Pakar Epidemiologi Universiti Roskilde, Lone Simonsen.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa keputusan Denmark adalah terburu-buru dan bakal memberikan impak buruk di masa hadapan.

Ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata anggapan bahawa varian Omicron tidak berbahaya adalah sangat berbahaya.



“Terlalu awal untuk mengisytiharkan kemenangan atau menyerah diri untuk hidup bersama virus ini.


“Lebih banyak penularan bermakna lebih banyak kematian. Itulah kebenarannya walaupun ramai yang menganggap gejala ringan adalah situasi yang boleh diterima,” tegas Tedros.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap keterujaan negara-negara kaya dengan kadar vaksinasi tinggi membuka pintu sempadan bakal mempengaruhi jiran-jiran mereka yang masih bergelut dengan pandemik untuk melakukan perkara sama. – AFP

Catat Ulasan

0 Ulasan