Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

[Video] Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki mengamuk di sebuah kedai di Ipoh

BERANG kerana dikatakan ditegur tidak memakai pelitup muka, seorang lelaki didakwa mengamuk lalu merosakkan barangan di sebuah kedai di Ipoh, Perak pada Jumaat.

Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki mengamuk di sebuah kedai di Ipoh
Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki mengamuk di sebuah kedai di Ipoh

Beberapa video serta gambar kejadian yang didakwa berlaku di Bercham itu kini tular di media sosial.

Dalam video pertama, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna biru serta berseluar pendek berjalan sambil memegang sebatang kayu.

Turut kedengaran adalah bunyi seperti kaca sedang dipecahkan.

Antara kerosakan yang didakwa dilakukan suspek.

Dalam sebuah video lagi sepanjang 50 saat yang tular itu, kelihatan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki dipercayai suspek yang melakukan kekecohan tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut turut didengari menyebut "padan muka" kepada individu terbabit.

Baca juga: Video tular suami pukul isteri depan anak kerana enggan rujuk, orang ramai masuk campur leraikan

Menurut laporan, individu terbabit telah berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai.

Video kejadian tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook, B'fx Temmy Ho. Walau bagaimanapun, belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak polis

Catat Ulasan

0 Ulasan