Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pelajar jadi jutawan lepas jumpa harta karun bernilai RM8.1 juta, misi pencarian ambil masa 2 tahun

Diberitakan, pengumpul harta karun, Forrest Fenn menyembunyikan peti harta karun bernilai USD$1 juta 10 tahun lalu. Seorang pelajar perubatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi jutawan segera selepas menemui harta karun milik Fenn di pergunungan Rocky bernilai AS$2 juta (RM8.1 juta).

Pelajar jadi jutawan lepas jumpa harta karun bernilai RM8.1 juta, misi pencarian memakan masa 2 tahun
Pelajar jadi jutawan lepas jumpa harta karun bernilai RM8.1 juta, misi pencarian memakan masa 2 tahun

Jack Stuef, 32, berasal dari Michigan itu menemui emas, batu permata dan artifak yang disembunyikan hartawan dan pengumpul barang antik, Forrest Fenn n di Pergunungan Rocky pada bulan Jun 2021.

Lelaki itu menemui harta berkenaan di satu lokasi di Wyoming, 6 Jun lalu, selepas misi pencarian yang memakan masa dua tahun.

Sebahagian daripada harta karun yang dijumpai
Sebahagian daripada harta karun yang dijumpai

Fenn yang meninggal dunia pada September lalu ketika berusia 90 tahun, pernah menulis mengenai peti harta karun itu dalam memoir The Thrill Of The Chase yang diterbitkan pada 2010.

Forrest Fenn
Dalam foto fail 22 Mac 2013 ini, peniaga dan pengarang barang antik Forrest Fenn bergambar di rumahnya di Santa Fe, NM Orang ramai yang terpaksa menyelamatkan pencari harta karun yang terancam di Pergunungan Rocky berkata mereka gembira mendengar bahawa legenda Harta karun Fenn ditemui. Peniaga seni dan barang antik Santa Fe yang bersara, Forrest Fenn mengumumkan pada 6 Jun bahawa seorang lelaki yang tidak mahu namanya didedahkan baru-baru ini menemui peti yang dianggarkan bernilai $2 juta yang mengandungi syiling, ketulan emas dan barang berharga lain. (Foto AP/Klausa Jeri, Fail) Associated Press

Beliau turut memberikan petunjuk ke lokasi itu menerusi 24 ayat puitis.

Laporan mengenai harta karun itu menyebabkan ribuan orang berusaha mencarinya dan dalam proses itu, dua individu disahkan meninggal dunia.

Jack Stuef, 32, berasal dari Michigan itu menemui emas, batu permata dan artifak yang disembunyikan hartawan dan pengumpul barang antik, Forrest Fenn.
Jack Stuef, 32, berasal dari Michigan itu menemui emas, batu permata dan artifak yang disembunyikan hartawan dan pengumpul barang antik, Forrest Fenn.

Dalam pada itu, cucu lelaki Fenn, Shiloh Forrest Old pada Isnin lalu mengumumkan Stuef adalah individu yang menemui harta karun tinggalan datuknya itu.

Bagaimanapun, individu itu berkata, pihaknya berbuat demikian berikutan perintah mahkamah susulan satu tuntutan oleh pihak lain terhadap Stuef.

“Tahniah kepada Jack (Stuef) kerana menemui dan mengambil peti harta karun itu,” katanya.

Stuef menemui harta karun Fenn di Wyoming pada bulan Jun, tetapi tidak akan berkongsi sebarang butiran tentang lokasi tepatnya.

Dia berkata dia menghabiskan masa bertahun-tahun "tekun" mencarinya sebelum pencariannya berjaya pada musim panas lalu.

Sebelum ini, Stuef menerusi laman web Medium mengakui dia individu yang menemui peti harta karun berkenaan.

Ketika ditemu bual media, Stuef berkata, harta itu belum dijual dan kini disimpan di New Mexico..

“Saya berpindah ke pangsapuri dengan kawalan keselamatan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan berkata, dia mahu menjual harta berkenaan untuk melunaskan pinjaman pelajarannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan